|
Menutup televisyen memberi peluang kepada anda untuk berfikir, membaca, mencipta dan membuat sesuatu yang baru. Siapakah yang perlu mengambil bahagian? Minggu Tidak Menonton Televisyen Boleh Berjaya! |
Sunday, May 2, 2010
Minggu tidak menonton televisyen
Friday, April 30, 2010
FOMCA akan menganjurkan 9+1=10 jenis pertandingan di peringkat nasional. Di antaranya ialah Pertandingan
- Esei (Pelajar Sek Ren & Men)
- Esei (IPTA/S dan Institut Pend. Guru)
- Esei (Guru & Pensyarah)
- Buku Skrap & Folio (Pelajar Sek Ren & Men)
- Blog (Pelajar Sek Ren & IPTA/S)
- Mewarna (Tadika & Sek Ren)
- Melukis Kartun (Awam)
- Melukis Poster (Pelajar Sek Ren, Men dan Awam)
- Fotografi (Awam)
- dan juga ...
Semua pertandingan ini akan berlangsung selama empat (4) bulan.
Pastikan anda menyertai pertandingan-pertandingan ini untuk memenangi hadiah wang tunai yang berjumlah RM 150,000
| PERTANDINGAN MEWARNA DI OUTLET GIANT 2010 | | | |
Pertandingan Mewarna Kepenggunaan di Outlet GIANT 2010

KATEGORI
Kategori A : 4 tahun - 6 tahun
Kategori B : 7 tahun – 9 tahun
Kategori C :10 tahun – 12 tahun
Syarat Pertandingan
- Terbuka untuk semua pelajar berumur antara 4 tahun hingga 12 tahun
- Semua penyertaan akan menerima sijil penyertaan
- Hubungi FOMCA untuk keterangan lanjut
- Peralatan mewarna tidak akan disediakan oleh pihak penganjur.
- Hanya PENSEL WARNA sahaja dibenarkan.
- Peserta boleh membuat pendaftaran pada hari pertandingan di lokasi mewarna tersebut.
- Klik disini untuk muat turun borang penyertaan pertandingan mewarna di Giant
| Tarikh / Masa | Tempat & Alamat |
8 Mei 2010 8.30am - 11.30am | PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PERLIS Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis |
8 Mei 2010 2.30pm - 6pm | GIANT HYPERMARKET BAYAN BARU No. 78, Jalan Tengah, Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang |
9 Mei 2010 9am - 1pm | GIANT HYPERMARKET PRIMA PERAI Lot 3053, Jalan Prai Utama 1, 13600 Seberang Perai Pulau Pinang |
15 Mei 2010 9am - 1pm | GIANT HYPERMARKET SUNGAI PETANI Jalan Lencongan Barat, ,08000 Sungai Petani, Kedah |
15 Mei 2010 2pm - 5pm
(DATE CHANGED FROM 16 MEI to 15 MEI) | GIANT SUPERSTORE KULIM Kulim Landmark Central Shopping Centre Lot 1-1A1 No 1 Jln KLC Satu (1) 09000 Kulim Kedah |
22 Mei 2010 9am - 1pm | GIANT HYPERMARKET PUTRA HEIGHTS No. 3 Persiaran Putra Perdana, 47650 Putra Heights, Selangor |
22 Mei 2010 9am - 1pm | DATARAN UTAMA Projek Perumahan Rakyat Batu Muda PPR Batu Muda Kampung Batu Muda Batu 3 1/2 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur |
23 Mei 2010 9am - 1pm | DEWAN ORANG RAMAI PETALING JAYA Blok 8 Jalan PJS 5/4A Desa Mentari 46150 Petaling Jaya Selangor |
29 Mei 2010 9am - 1pm | GIANT SUPERSTORE KOTA BAHRU LG 14 Lower Ground Floor Kota Bahru Trade Centre Jln Buluh Kubu 15000 Kota Bahru, Kelantan |
30 Mei 2010 9am - 1pm | GIANT HYPERMARKET SUBANG JAYA 672 & 673, USJ 1, Subang Jaya, 47500 Subang Jaya, Selangor |
5 Jun 2010 9am - 1pm | PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT TAMAN BATU TIGA Majlis Perbandaran Subang Jaya, Zon 5, Taman Batu 3, 40150 Shah Alam, Selangor |
26 Jun 2010 9am - 1pm | GIANT HYPERMARKET BATU CAVES Lot 10243, Jalan Batu Caves, Bandar Selayang, 68100 Selayang Selangor |
26 Jun 2010 9am - 1pm | DEWAN SERBAGUNA UiTM Jengka Pahang 26400 Bandar Tun Abd Razak Jengka, Pahang |
27 Jun 2010 9am - 1pm | GIANT HYPERMARKET KUANTAN Lot 5197 Jalan Tanah Putih |
27 Jun 2010 9am - 1pm | GIANT HYPERMARKET SHAH ALAM STADIUM Lot 2, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. |
3 Julai 2010 9am - 1pm | GIANT HYPERMARKET TAMAN NUSA BESTARI No.1 Jalan Bestari 7/2 Taman Nusa Bestari 81300 Skudai Johor |
3 Julai 2010 2pm - 5pm | GIANT HYPERMARKET KULAI UTAMA Ground Floor Jln Anggerik 8 Tmn Kulai Utama 81000 Kulai, Johor |
4 Julai 2010 10am - 1pm | GIANT HYPERMARKET MUAR Lot 6530 Tanjung Agas Mukin Kesang 84000 Muar, Johor |
Hadiah
Pertama - Hamper tajaan Giant dan Sijil Penyertaan
Kedua - Hamper tajaan Giant dan Sijil Penyertaan
Ketiga - Hamper tajaan Giant dan Sijil Penyertaan
10 Hadiah Saguhati - Hamper tajaan Giant dan Sijil Penyertaan
Semua Peserta akan Menerima Sijil Penyertaan Peringkat Kebangsaan
Tokoh Pengguna
Tahun | Pemenang Anugerah Tokoh Pengguna |
1991 | En. Bishan Singh Bahadur Presiden, Persatuan Pengguna Pahang En. Hj Yusof Ahmad Presiden, Persatuan Pengguna-Pengguna Kelantan |
1992 | En Mohd Hamdan bin Hj Adnan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) |
1993 | Pn Josie Zaini Presiden Education & Research Association For Consumer (ERA Consumer) |
1994 | Professor Dr S Sothi Rachagan Dekan Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya |
1995 | Yg Bhg Dato' Lee Lam Thye Aktivis Pengguna dan Masyarakat |
1996 | Professor Madya Dr Halimah Hj Ahmad Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia |
1997 | Datuk Marimuthu Nadason Setiausaha Agung - Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) |
2001 | Yg Bhg Dato' Dr Anwar Fazal Presiden Pertama FOMCA |
2002 | En Michael Chong Ten Soo Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA |
2004 | Dato' Indrani a/p Thuraisingam Setiausaha ERA Consumer |
2005 | Dr. Rokiah Bt. Talib Pengerusi NCWO |
2006 | Dr. Makmur Bin Othman Presiden PPIM |
2007 | Dato' Patrick Sindhu Presiden Persatuan Pengguna Sabah |
Dasar Pengguna Negara (DPN)
KENYATAAN DASAR
Dasar Pengguna Negara bertujuan menggalakkan keseimbangan hak dan tanggungjawab di kalangan dan di antara pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan dalam melaksanakan peranan masing-masing, menggalakkan penggunaan lestari (sustainable consumption) di kalangan pengguna dan pembekal/pengilang ke arah memelihara kedaulatan Negara serta prinsip Agama untuk mencapai Wawasan Negara dalam menjamin kesejahteraan dan kebajikan pengguna dalam era globalisasi.
Dasar Pengguna Negara memberi fokus terhadap usaha-usaha tiga pihak, iaitu melalui perlindungan kendiri (self-protection) di kalangan pembekal/pengilang dan penglibatan Kerajaan melalui peningkatan tahap perlindungan pengguna yang berkesan. Ini boleh dicapai dengan mewujudkan susasana yang harmoni untuk menggalakkan keseimbangan hak dan tanggungjawab di antara pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan dengan memantapkan bidang perundangan, amalan perdagangan, pendidikan, kesihatan, kemudahan awam dan lain-lain bidang yang berkaitan.
RASIONAL DASAR PENGGUNA NEGARA
Dasar Pengguna Negara (DPN) diperlukan sebagai prinsip dan panduan dalam menggubal undang-undang berkaitan perlindungan pengguna. DPN juga wajar digunakan dalam penggubalan mana-mana dasar ekonomi atau sosial negara. Dasar ini adalah asas kepada segala kegiatan kepenggunaan oleh Agensi Kerajaan, Persatuan Pengguna, badan bukan Kerajaan yang lain dan sektor swasta supaya perkembangan kepenggunaan yang lestari (sustainable) dapat dipupuk di negara ini.
DPN diperlukan dalam menghadapi kesan globalisasi terhadap pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan. Kepelbagaian barangan dan perkhidmatan serta kecanggihan teknologi kesan dari globalisasi mengubah aspek perundangan, ekonomi, strategi perdagangan dan sosial sesebuah negara.
DPN diperlukan bagi mewujudkan masyarakat pengguna yang mempunyai perlindungan kendiri iaitu bijak, bermaklumat, proaktif dah bertanggungjawab, mampu mempengaruhi aktiviti golongan pembekal/pengilang dan sensitif terhadap segala tingkahlakunya yang mempengaruhi keadaan ekonomi dan sosial negara.
DPN diperlukan bagi mewujudkan masyarakat pembekal/pengilang yang mempunyai kawalselia kendiri, iaitu bertanggungjawab terhadap kebajikan dan kesejahteraan pengguna.
DPN diperlukan bagi mencapai Wawasan Kerajaan dalam menggalakkan masyarakat pengguna dan pembekal/pengilang yang sentiasa prihatin dan berpengetahuan mengenai hak dan tanggungjawab masing-masing serta berganding bahu bagi mencapai kemakmuran negara seluruhnya.
OBJEKTIF
Tahap Perlindungan Pengguna Yang Terbaik
Memastikan tahap perlindungan pengguna yang terbaik dari segi perlindungan kendiri, kawalselia kendiri dan aspek perundangan. Dari perspektif perundangan, setiap undang-undang yang melibatkan pengguna hendaklah menyediakan peruntukan yang melindungi pengguna, tindakan yang munasabah terhadap kecurangan pembekal/pengilang dan sistem penyelesaian perundingan yang murah, mudah dan cepat.
Amalan Perdagangan Yang Saksama dan Bertanggungjawab
Menggalakkan amalan perdagangan yang saksama dan bertanggungjawab dalam segala aspek yang melibatkan pengguna khususnya dalam aspek pengeluaran, promosi, penentuan harga dan pemasaran barangan serta perkhidmatan yang dihasilkan oleh pembekal/pengilang supaya dapat memenuhi keperluan asas pengguna dan keselamatan pengguna serta menggalakkan pendekatan untung bersama dalam amalan perdagangan. Menggalakkan kawalselia kendiri dalam amalan perdagangan yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan pengguna.
Pendidikan
Memastikan pendidikan pengguna yang berterusan diberi keutamaan oleh sektor awam dan swasta dan diintegrasikan dalam aktiviti pendidikan formal dan tidak formal. Memberi pendidikan pengguna di kalangan pembekal/pengilang mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat sebagai usaha untuk melahirkan masyarakat yang adil dan harmoni.
Penggunaan Lestari Dalam Era Globalisasi
Meningkatkan usaha ke arah amalan penggunaan lestari (sustainable consumption) di kalangan pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan, untuk menjamin kesejahteraan dan kebajikan pengguna dalam era globalisasi dan liberalisasi perdagangan.
Hubungan Antara Pengguna, Pembekal/Pengilang Pengilang dan Kerajaan
Mengharmonikan hubungan pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan agar semua pihak mempunyai satu matlamat yang bersepadu iaitu mencapai perlindungan pengguna yang terbaik di bawah satu dasar iaitu DPN.
MATLAMAT DASAR PENGGUNA NEGARA
Meningkatkan Kebajikan dan Kesejahteraan Pengguna
Matlamat utama DPN ialah untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan pengguna supaya menjadi pengguna yang bertanggungjawab dan berupaya melaksanakan hak pengguna untuk memilih dan bersuara. Meningkatkan keseimbangan kuasa berunding, maklumat yang sahih dan mencukupi, serta keseimbangan kualiti/pulangan antara pengguna dengan pembekal/pengilang.
Meningkatkan Kesejahteraan Sosio-Ekonomi
Mewujudkan dan menjamin kesejahteraan sosio-ekonomi di kalangan anggota masyarakat melalui amalan perdagangan yang bertanggungjawab berasaskan kepada hak-hak dan kepentingan pengguna iaitu hak untuk mendapatkan keperluan asas, membuat pilihan, mendapat maklumat, gantirugi, keselamatan, menyuarakan pendapat, mendapat pendidikan pengguna dan hidup dalam alam sekitar yang menjamin kesihatan.
Meningkatkan Amalan Penggunaan Lestari
Meningkatkan amalan penggunaan lestari dalam mengurus sumber-sumber yang terhad untuk menjamin kesejahteraan ekonomi dan sosial. Penggunaan lestari menggalakkan berbelanja dengan berhemat, menggunakan sumber semulajadi dan kemudahan asas seperti air dan tenaga dengan berhemat, serta memelihara kesejahteraan dan kebajikan pengguna generasi semasa dan generasi akan datang.
STRATEGI
Strategi-strategi berikut boleh dilaksanakan bagi tujuan pencapaian objektif-objektif yang telah ditetapkan:-
Tahap Perlindungan Pengguna Yang Terbaik
SOSIAL
Meningkatkan Kualiti Kehidupan
Taraf kepenggunaan berkait rapat dengan taraf kualiti kehidupan. Faktor-faktor yang menyumbang dalam peningkatan taraf kualiti kehidupan termasuklah kemudahan asas yang mencukupi, perumahan yang mencukupi, kemudahan kesihatan yang mampu dinikmati oleh semua golongan masyarakat, jaminan makanan yang berzat, kemudahan pendidikan seperti sekolah dan perpustakaan kepada semua golongan masyarakat, serta kemudahan teknologi maklumat yang kesemuanya memainkan peranan penting dalam mencapai penggunaan lestari. Peningkatan kualiti kehidupan memerlukan kerjasama dan permuafakatan pihak Kerajaan, sektor swasta dan pengguna. Pihak Kerajaan hendaklah mengambilkira faktor-faktor di atas dalam penggubalan dasar-dasar Kerajaan dan menyediakan infrastruktur yang mencukupi. Pihak swasta hendaklah mengambilkira faktor-faktor di atas dalam penghasilan/pengeluaran barangan dan perkhidmatan dan pengguna perlu bertanggungjawab untuk memastikan kualiti kehidupan kepada taraf terbaik.
Meningkatkan Perlindungan Kendiri
- Mewujudkan badan khas yang bebas untuk mengendalikan isu-isu kepenggunaan yang dianggotai oleh pihak Kerajaan, pengguna dan pembekal/pengilang.
- Mewujudkan pusat maklumat pasaran yang lengkap berkenaan barangan dan perkhidmatan di setiap daerah.
Meningkatkan Sokongan dan Bantuan Terhadap Pergerakan Kepenggunaan
Kemajuan dan keberkesanan pergerakan pengguna berkait rapat dengan sokongan masyarakat, kedudukan kewangan, keberkesanan tenaga penggerak yang mengendalikan gerakan kepenggunaan dan sokongan Kerajaan. Kekurangan sokongan dari masyarakat, kedudukan kewangan yang tidak kukuh dan kelemahan dalam pengurusan organisasi menyebabkan aktiviti pergerakan kepenggunaan tidak dapat dilaksanakan dengan memuaskan. Oleh itu, Kerajaan perlu meneruskan sokongan terhadap pergerakan pengguna dan aktiviti-aktiviti kepenggunaan. Sumbangan dan sokongan yang diberikan sudah tentu dapat membantu persatuan dalam usaha mempertingkatkan lagi aktiviti-aktiviti kepenggunaan.
Menggalakkan Penyertaan Persatuan Pengguna Dalam Pembentukan dan Perlaksanaan Program Agensi Kerajaan Di Peringkat Negeri dan Daerah
Menggalakkan penyertaan Persatuan Pengguna dalam pembentukan dan perlaksanaan program kepenggunaan di peringkat negeri dan daerah. Persatuan Pengguna boleh menjadi saluran utama untuk pengguna mengemukakan aduan dan pandangan dengan lebih cepat dan berkesan untuk tindakan sewajarnya, contohnya melalui penyertaan dalam jawatankuasa tertentu diperingkat Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan.
PERUNDANGAN
Pemantapan Undang-Undang Perlindungan Pengguna
Kerajaan hendaklah terus memainkan peranan untuk melindungi dan mengimbangi kepentingan kedua-dua pihak iaitu pengguna dan pembekal/pengilang. Dalam hubungan ini, Kerajaan perlu:-
- Memantapkan lagi penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan agensi penguatkuasaan di Kemeteriannya supaya tindakan yang berkesan dapat dilaksanakan. Penguatkuasaan boleh dibantu oleh Persatuan Pengguna.
- Meminda undang-undang yang sedia ada dari masa ke semasa dengan mengenakan tindakan sivil dan jenayah yang setimpal untuk mengawal kegiatan-kegiatan perdagangan yang tidak bertanggungjawab.
- Menggubal undang-undang baru dengan mengambilkira kesan globalisasi, liberalisasi perdagangan dan penggunaan lestari.
- Memastikan setiap undang-undang yang berkait dengan pengguna mengandungi peruntukan yang menjamin kebajikan dan kesejahteraan pengguna.
Secara umumnya, dasar kepenggunaan negara untuk setiap individu rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat adalah berpandukan kepada falsafah kepenggunaan dan kesedaran oleh setiap individu tersebut menengenai tanggungjawab sebagai seorang pengguna di Malaysia.
Antara falsafah umum kepenggunaan ialah:
- Mewujudkan sifat berdikasi di kalangan para pengguna iaitu " - "Perlindungan Paling Berkesan Ialah Perlindungan Sendiri."
- Mewujudkan pembangunan berorientasikan kepada menunaikan keperluan asas manusia melalui kuasa beli kita sebagai pengguna bagi mewujudkan satu kebudayaan hidup yang sesuai, bahagian dan tidak membazir
Para pengguna bolehlah merujuk kepada senarai di bawah samaada mereka mempraktikkkan tanggungjawab mereka sebagai pengguna atau tidak walaupun tanpa disedari:
- Kesedaran untuk mengkritik
Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna. - Penglibatan dan tindakan
Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil. - Tanggungjawab sosial
Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar. - Bersatu padu
Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.
tanggungjawab pengguna
Kesedaran untuk mengkritik
Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.
Penglibatan dan tindakan
Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.
Tanggungjawab sosial
Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar.
Bersatu padu
Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.
Tanggungjawab terhadap alam sekitar
Pengguna mesti bertanggungjawab terhadap alam sekitar agar ia dapat dipelihara untuk generasi masa akan datang
Hak-hak pengguna

1. Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya
2. Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.
3. Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.
4. Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.
5. Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.
6. Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.
7. Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.
8. Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.
Mengapa tidak menonton televisyen?











